11 August 2011

Kekalkah kami hingga akhir???????

CINTA PANDANG PERTAMA?

Personaliti yang menarik atau bakat seseorang itu boleh menarik minat seseorang yang lain dan juga membuatkan seseorang itu "jatuh cinta" apabila mereka berjumpa buat kali pertama.Tahap awal tarikan ini mungkin sebenarnya lebih pada gila bayang berbanding cinta.Semakin kamu meningkat dewasa dan mula terlibat dalam hubungan, kamu akan menyedari yang cinta itu akan datangnya menerusi komunikasi yang bagus dan tanggungjawab..

BAGAIMANA UNTUK MENYATAKAN TIDAK??
Ingatlah, sekiranya kamu belum bersedia untuk melakukan seks, tiada seorang pun yang boleh memaksa kamu melakukan nya walaupun teman lelaki kamu?

  • Bercakaplah dengan teman lelaki kamu mengenai perkara ini.Komunikasi itu yang penting, terutamanya ketika di awal perhubungan.
  • Sekiranya dia memaksa, janagn terpengaruh dan terus menyatakan TIDAK dengan tegas.
  • Biasanya lelaki tidak akan menjadi agresif, sekiranya ada mengugut kamu, kekal tenang dan cuba cari jalan untuk tinggal kan nya.Sudah tentu dia bukan yang terbaik untukmu.
MENCARI JEJAKA IDAMAN
Ia lebih daripada sekadar wajah tampan ataupun senyuman memikat untuk menjadi suami atau teman lelaki yang baik.kamu tahu dialah yang sesuai buat kamu apabila:
  • Dia menghormati kamu dan perasaan kamu.
  • Dia berkomunikasi dengan kamu.
  • Dia mementingkan keluarga dan rakan kamu.
  • Dia menyokong impian dan matlamat hidup kamu.
  • Dia menunjukkan tanggungjawabnya terhadap perhubungan kamu.
BERAPAKAH UMUR PALING SESUAI UNTUK KAHWIN??

Perkahwinan melibatkan banyak tanggungjawab.Lambat laun, pasangan berkahwin akan menyedari yang perasaan romantik hanya merupakan sebahagian daripada realiti kehidupan berkahwin.Tiada umur yang paling sesuai kerana ia berbeza anatara individu.Ada juga yang memilih untuk tidak berkahwin.Walau apapun pilihan kamu,kumpulkan banyak ilmu dan maklumat-kemudian baru buat keputusan terbaik.

No comments:

Post a Comment

Followers