10 April 2011

ape lagi??

masih lagi mengharap kah??myrul tepon ak td..dekat 7 kali deringan baru ak angkat..ak berat hati nak jawab panggilan dier sebnrnyer..ak da x mo ingt dier lg..tp nape die masih muncul..myrul jangn larh bt sya mcm nie..plezz..sya buntu sangt..myrul da adew orang laenn.so bg larh sya bebas..sya mau hidup single!!!but not available..bila sya tanyer nape col..myrul ckp..saje!!jawapan yang bt sya cuak..sya ase x perlu larh law myrul juz mau tanyer khbr sya sajer..sya x nak pisang berbuah 2x..x nak hati nie terluke lagi.cukup larh hanyer sekali..

09 April 2011

happy busday to abah

perghhhh..ak hampir2 luper ari nie ari jadi abah ku..yer larh mane nyer ak nak ingt bab ak p enjoy umah k.tie semalaman..ak blik sampai umah jerk,ma ak bgtaw yang nak sambut busday abah nie..ma ciap beli kek da kat abah ak..huaaaaa..terharu nyer ak ngn ma ak nie..mase tu abah ak x der kat uma..bab g menziarah umah mmber dier yang baru meninggal pg td..so,abah ak x taw r yang kiteorang planning nak celebrate busday die..sambil menunggu abah ak balik tuh ma ak goreng mee untuk kami mkn sekeluarga..waaa..bez..nyer..x lame pas tu..abah ak balik..dan kiteorang pown celebrate larh..urmm..bergambar semuernyer..hahahaahaha.."SELAMAT HARI LAHIR ABAH..DA TUA DA ABAH NIE..HARI LAHIR YANG KE-47"..hehehehe..





06 April 2011

life must be go on!!


start saat nie ak akn bina kehidupan ak yang baru..da tutup da citer lame..walaupown kadang2 ingt kat die tu tp kehidupan mesti diterusakn..banyak kan senyum dan teros tersenyum..hihihihi..tol x frenz??sejarah lamer juga x mungkin akn berulang..bt maser skrang dlm pikiran ak juz adew 1 misi yang akan ak selesaikan..ak akan belajar sungguh-sungguh,abezkan diploma dan sambung ijazah..seperti yang adew di dalam pikiran ak,ak akn apply pendidikan kat uthm nanti abez diploma..hahahahha..berangan kuat larh ak nie..x po..berangan dulu..yang penting adew plan dulu..blaja untuk masa depan ak dan untuk family ak..especilly untuk my parent k..target ak nak balas jasa ke due ibu bapa ak dan dan bt mereka semua happy dengan kejayaan ak..

HIDUP BIA ENJOY TP RESULT BIA GEMPAK!!

05 April 2011

Kisah Pohon Epal

"Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu...

Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu." Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pohon apel itu berkata, "

Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kauinginkan."
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu...Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu."Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu."

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon epal itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon apel itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu."

Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengan gembira," kata pohon apel itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon apel itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon apelitu."

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pohon apel itu dengan nada pilu."
Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tuaitu."

Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohonapel itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bilakita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun."

pesanan ku



Andai Tuhan

Mengambil

Nyawaku

sebentar lagi

Maafkan lah

Kerana telah

menyayangi dirimu

dan merindui dirimu

Tanpa keizinan mu

Ikhlas dari Nurul Fatin Syaza bt Mahdi


Followers